INFO NEWS

[13. INFO NEWS][bleft]

Video ERK

[07. VIDEO][threecolumns]

Giegiel, SYJ dan Sparrow Gegar Ipoh



Giegiel, SYJ dan Sparrow Gegar Ipoh

Para peminat muzik tanah air khasnya peminat wirama rock yang berada di sekitar Ipoh, Perak berpeluang untuk menyaksikan persembahan hebat daripada band Giegiel, SYJ Pewaris Generasi dan Sparrow.  Mereka bakal di satukan dalam sebuah konsert, “Show Heavy Rock Nite Vol III”.

Dibawakan khas oleh Mentari Merah Entertainment, kemunculan tiga kumpulan hebat yang berkongsi satu pentas ini pastinya bakal mengembalikan zaman kegemilangan rock kapak dengan persembahan hebat mereka.

Penganjuran showcase ini mungkin memberi makna mendalam buat anda tambahan pula ianya menampilkan tiga band yang berbeza nuansa muziknya namun masih terus kukuh di atas platform genre rock. Showcase eksklusif yang akan di adakan pada 17 November ini bertempat di Ladybos Studio, Ipoh Perak.

Menurut penganjurnya, Mohamed Noor Mustapha, konsert ini merupakan kesinambungan daripada siri  Show Heavy Rock Nite yang telah pun memasuki edisi ke tiganya.  Selain itu ianya bertujuan untuk menghidupkan kembali konsert-konsert berbayar di mana peminat hadir secara sukarela untuk menyaksikan kumpulan kegemaran mereka.

Meskipun tidak mendapat sebarang penajaan daripada individu mahu pun syarikat besar, beliau yakin dengan pelaburan yang di buat bagi menjayakan showcase itu nanti.  Apa yang menarik ianya hadir daripada minat yang mendalam terhadap muzik rock yang disifatkan mempunyai energi serta peminatnya yang tersendiri.

Giegiel ditubuhkan pada 1999 dan kumpulan rock seangkatan mereka ketika itu ialah Jinbara dan Baji. Sepanjang aktif memperjuangkan muzik rock, Giegiel merakamkan dua album iaitu Giegiel (2001) dan yang terakhir pada 2005 yang berjudul Eksklusif.

Setelah lebih sepuluh tahun menyepi, SYJ Pewaris Generasi kini dibarisi oleh Zalalluddin Sulaiman (Alang, vokalis), Mohd Nazir Yusof (Jay, gitar), Azman Ahmad (Marnsuria, gitar) Izwan Affandy Ishak (Wan, bass) dan Mohd Zaifudie..(Pudie dram)

“Kembali aktif berkarya sejak beberapa bulan lalu, kumpulan SYJ yang kini bergerak di bawah syarikat produksi, SYJ Band Production bakal tampil dengan album terbaharu berjudul Pewaris Generasi pada 2018,” ujarnya.

Alang berkata, album memuatkan enam lagu itu masih mengekalkan genre rock meskipun imej dan pendekatan muzik ditampilkan berbeza berbanding sebelum ini.
"SYJ sedia bereksperimen dengan haluan gelombang muzik rock baharu termasuk mengetengahkan genre progressive rock melalui lagu Pewaris Generasi.


Selain Giegiel dan SYJ kumpulan yang bergenrekan Heavy Metal dari Ipoh, Sparrow turut membuat persembahan pada malam tersebut. Kemunculan Sparrow kali ini ada sedikit kelainan line up...masih mengekalkan line up asal seperti Nan(vocalist), chor(Drummer) dan line up Baru R'man(Bassist), Ayie(Gitaris) dan Pyan kini kembali bersama Sparrow sebagai gitaris...  Apa yang pasti lagu-lagu daripada mini album dan Single mereka yang berjudul ‘Hasutan dan Nafsu Hati’ pasti akan dipersembahkan kepada khalayak.

Konsert yang dijangka berlangsung selama tiga jam bermula 8.45 malam itu turut dijayakan kumpulan Hakikat. Biarpun baru setahun di tubuhkan, band yang dibarisi oleh Faizal (Gitaris), Mamat (Bassist), Rosly (vokalis), Wujang (Gitaris) dan Zam (Drummer) mempunyai semangat yang kental dengan dambaan muzik yang menjadi platform buat mereka.

Peminat yang ingin menyaksikan show Heavy Rock Nite III ini terutama di sekitar Perak dan Kuala Lumpur, boleh mendapatkan tiket berharga RM30. Sebarang info boleh menghubungi 0175787778 (Nan) atau 0192407994 (MM)










Post A Comment
  • Blogger Comment using Blogger
  • Facebook Comment using Facebook
  • Disqus Comment using Disqus

No comments :


Rock Album

[15. ROCK][threecolumns]

CD Dan Kaset

[19. CD-KASET][list]

LIRIK

[22. LIRIK LAGU][twocolumns]

METAL-INDIE ALBUM

[16. METAL-INDIE][bsummary]

FLYERS

[12. EVENT][twocolumns]