INFO NEWS

[13. INFO NEWS][bleft]

Video ERK

[07. VIDEO][threecolumns]
About Us
Kata Aluan

Alhamdulillah syukur kehadrat ilahi kerana masih diberi kesempatan dan nikmat hidup dibumi yang indah ini.

Sejarah

Era Rock Kapak tercetus hasil dari motivasi dan keinginan webmaster MasterComp untuk berkongsi sedikit maklumat atau koleksi peribadi yang dikutip sepanjang hidup beliau kepada khalayak peminat muzik rock Malaysia khususnya dan orang awam seantero dunia amnya.

Di awal tahun 2000,  informasi lengkap mengenai Album, Artis dan teknologi masih berkurangan.
Manakala kumpulan Rock juga seperti terpinggir dan dilupakan. Walhal lagu-lagu mereka masih diminati sehingga kini.
Dari itu timbul satu visi untuk menyediakan satu tempat atau pinpoint yang mampu menyediakan maklumat-maklumat tersebut. 

Perihal album-album dan info ini dikumpul dan dikutip semenjak MasterComp dibangku sekolah sehinggalah kini. Dikalangan rakan-rakan artis dan awam turut membantu dengan menyalurkan maklumat, album , kaset, cd sedaya mereka bagi mengembangkan web ini . Adapun ianya masih belum lengkap sepenuhnya, namun ianya diupdate dari masa kesemasa mengikut kemampuan dan kelapangan webmaster yang sentiasa sibuk menguruskan urusan kehidupan harian. 
Pada tahun 2003 ~ 2004, dengan sedikit ilmu yang ada, MasterComp membina beberapa web blog berkisarkan album artis seperti melayurock.blogspot.com, erarock.org, erarock.net, melayump3 dan rock kapak di multiply, melayump3 blogspot dan sebagainya...

Hasil dari web tersebut, maka dapat dilihat artis rock khususnya mendapat nafas baru dan bersemangat kembali. Ada dikalangan mereka membentuk semula kumpulan dengan mencari ahli-ahli yang terpisah dan merekrut ahli baru. Fenomena itu sangat baik pada industri muzik tanahair yang semakin kelam.

Pada awalnya web ini hanya meletakkan info cover kaset,CD,piring hitam artis rock sahaja, namun dari maklum balas hangat yang diterima oleh peminat-peminat, web ini dikembangkan dengan informasi artis-artis bergenre selain ROCK dan luar negara juga. 

Penutup

Akhiri kalam, semoga web ini dapat membantu anda sedikit sebanyak tentang hasil seni dinegara Malaysia khususnya dan seantero nusantara amnya. Jika anda mempunyai kaset-kaset, CD, piring hitam dan juga artikel2 lama bolehlah memberikannya kepada MasterComp untuk diupdate di web ini.

Jutaan Terima Kasih , kepada anda kerana meluangkan masa untuk menziarahi web ini,

Sila Like FB page dan Subscribe tanda sokongan anda.

"Era Rock Kapak - Evolusi Muzik"







Rock Album

[15. ROCK][threecolumns]

CD Dan Kaset

[19. CD-KASET][list]

LIRIK

[22. LIRIK LAGU][twocolumns]

METAL-INDIE ALBUM

[16. METAL-INDIE][bsummary]

FLYERS

[12. EVENT][twocolumns]