INFO NEWS

[13. INFO NEWS][bleft]

Video ERK

[07. VIDEO][threecolumns]

Rock The World 2017 Terus Mencipta Evolusi


Rock The World 2017 Terus Mencipta Evolusi
Oleh Nazghoul
Konsert Rock The World (RTW) boleh dianggap sebagai siri konsert rock artis-artis tempatan yang paling konsisten pernah dianjurkan dalam industri muzik di negara ini.
Ini kerana, sejak hampir sedekad lalu, konsert itu bukan sahaja berjaya dianjurkan dengan cemerlang, malah ia kini semakin utuh dalam membina jenama dan identitinya sendiri.
Pada 9 Disember lalu, konsert anjuran Fat Boys Records (FBRSB) itu sekali lagi menemui para peminat rock di mana ia merupakan kali ke tujuh belas diadakan di Kuala Lumpur.
Menariknya, hampir 90 peratus kumpulan rock pelbagai genre yang diketengahkan menerusi konsert dengan tiket berharga RM35 itu merupakan kumpulan-kumpulan baru.
Tahun ini, antara kumpulan tempatan yang telah mengadakan persembahan ialah Bunkface, Seven Collar T-Shirt dan Emmet I dan lebih 10 kumpulan pemuzik tempatan yang turut beraksi pada konsert tahunan, Rock The World Ke-17 (RTW17).


Konsert yang bermula jam 12 tengah hari hingga lewat malam itu turut menampilkan band underground seperti Naratu, Masdo, Brawk, Farasu dan The Suspects AKA pada acara yang berlangsung di Tempat Letak Kereta B, KL Sports City, Bukit Jalil.
Meskipun kebanyakan kumpulan yang ditampilkan pada konsert-konsert RTW sebelum ini merupakan kumpulan-kumpulan baru, tetapi sambutan para peminat amat menakjubkan.
Pengunjung masih lagi sama, kebanyakannya adalah anak-anak muda yang meminati genre muzik dan band tersendiri, mempunyai arah subculture tertentu, dan yang paling penting cintakan arus muzik tempatan.
Banyak penaja termasuk syarikat telekomunikasi seperti Tune Talk, yang sanggup menaja konsert tersebut.  Pelbagai faktor  dapat diselongkar daripada perkembangan positif itu, antaranya adalah menyaksikan kebangkitan ramai pemuzik muda selain kemunculan banyak genre muzik baru.
Fenomena itu tidak dapat dibendung kerana ia berjalan seiring dengan cita rasa para peminat yang sentiasa berubah-ubah, trend serta evolusi muzik yang sedang berlaku di mana-mana juga.


RTW seakan-akan menjadi suatu wadah kepada para pemuzik generasi baru bagi mengetengahkan pelbagai idea, konsep dan genre muzik mereka dalam industri muzik tempatan.
Dengan adanya platform seperti itu, siapa tahu, kita mungkin mampu untuk melahirkan lebih ramai pemuzik baru yang bukan sahaja kreatif, tetapi juga energetik dan progresif.
Ini kerana, RTW membuka ruang seluas-luasnya kepada setiap kumpulan yang mengambil bahagian pada konsert itu bagi mempamerkan bakat dan kreativiti mereka dalam bidang muzik.
Dalam erti kata mudah, tidak timbul soal kekangan dari segi imej, rambut, rentak lagu mahupun gimik asalkan ia tidak melampaui batas dan mengikut garis panduan yang telah ditetapkan.
Melalui RTW kita akan dapat melihat pelbagai ragam, bakat muda, cetusan inovasi muzik baru dan di mana ia mampu merencanakan corak industri muzik tanah air pada masa depan.
Jika RTW mampu diteruskan pada tahun-tahun berikutnya, tidak mustahil ia mampu untuk membina identiti dan jenamanya sendiri seperti festival-festival muzik terkenal di luar negara.

Bagaimanapun, bagi membina identiti serta jenama RTW, pihak penganjurnya haruslah peka serta tidak mengamalkan favouritisme atau kronisme dalam penganjuran konsert tersebut.
Justeru, amat merugikan jika identiti dan jenama yang hendak dibina menerusi RTW tidak mampu berkembang apabila banyak kumpulan baru tidak diberi peluang beraksi pada konsert tersebut.
Festival itu juga turut dimeriahkan dengan pelbagai gerai makanan serta label tempatan dan semestinya acara tradisi ‘color mosh’ seperti tahun-tahun sebelum ini diteruskan.






Post A Comment
  • Blogger Comment using Blogger
  • Facebook Comment using Facebook
  • Disqus Comment using Disqus

No comments :


Rock Album

[15. ROCK][threecolumns]

CD Dan Kaset

[19. CD-KASET][list]

LIRIK

[22. LIRIK LAGU][twocolumns]

METAL-INDIE ALBUM

[16. METAL-INDIE][bsummary]

FLYERS

[12. EVENT][twocolumns]