INFO NEWS

[13. INFO NEWS][bleft]

Video ERK

[07. VIDEO][threecolumns]

Public Distortion 2017 Umpama Medan Tempur


Public Distortion 2017 Umpama Medan Tempur
by Nazghoul Azquard

 Jentera berjenama Prime Domestic Dan XPDC sememangnya cukup dikenali oleh penggemar genre rock 'berat' tempatan. Jadi tidak hairanlah mengapa lebih 3000 peminat setia mereka sanggup hadir ke lokasi konsert yang cukup jauh tidak seperti kebanyakkan konsert yang seringkali di adakan di tempat yang 'mesra' khalayak.
Hujan yang turun pada sebelah petang sebelum konsert berlangsung memaksa penganjur untuk bekerja keras demi memastikan kolam dikeringkan terlebih dahulu Demi keselesaan peminat.  Pool 'Abah Kau' yang dipertanggungjawabkan sebagai emcee ternyata cukup bijak berkomunikasi dengan hadirin lantaran usahanya untuk memujuk penonton supaya memenuhi ruang di hadapan pentas.




Tepat jam 9 malam, atmosfera di Oasis Square Damansara berubah lantaran limpahan cahaya serta bunyian hasil kolaborasi Prime Domestic dan XPDC melalui lagu Ku Cuba yang nyata cukup mengujakan khalayak.  Kredibiliti Joe, Aweera, Hillary Ang, Fauzi dan Ainol yang mewakili PD serta Ali, Izo, Eddie, Lola dan Arif (anak Izo) di uji.

XPDC meneruskan acara "Public Distortion 2017" dengan rangkaian lagu-lagu seperti Tahun 2000, Talam Dua Muka, Sakinah dan Kita Peng Yu.

" Lagu berikut adalah merupakan lagu baru yang bakal di muatkan dalam album terbaru XPDC, hayati dan fahamilah ia.. InshaAllah", ujar Ali



Doa cukup catchy malah ianya sarat dengan mesej ketuhanan selain menampilkan melodi yang cukup menarik. XPDC jugak turut mendendangkan sebuah lagu cover daripada Metallica yang berjudul Enter Sandman. Seraya itu juga kelihatan aksi headbang di hadapan pentas. Aura Metallica cukup kuat menakluki jiwa peminat kumpulan heavy metal itu di Malaysia.

Beberapa buah lagu lagi kemudian nya turut di persembahan antaranya ialah Orion, Selendang Merdeka, Kata Pepatah (lagu baru), Semangat Perjuangan Harmoni Dan Semangat Yang Hilang. Sebelum mrnyerahkan pentas kepada Prime Domestic Ali menyeru peminat agar sentiasa mengingati Allah.




Jam 10 malam hadirin dikejutkan dengan sebuah lagu yang tidak asing lagi dikalangan peminat muzik berat. Hallowed Be Thy Name nyanyian asal Iron Maiden berkumandang. Ianya seolah-olah petanda Prime Domestic mengajak hadirin untuk bermeditasi dengan nuansa muzik berat ciptaan mereka.

Tanpa ruang untuk komunikasi dengan hadirin, Prime Domestic melontarkan beberapa buah lagu antaranya Kau Masih Berdegil, Malam Berasap, Fenomena Dan Nasib Kita.

"Terima kasih kepada anda yang sudi hadir untuk memberi sokongan kepada kami.  Kami akan berikan yang hanya yang terbaik sebagai tanda terima kasih kami", ujar Aweera selaku vokalis Prime Domestic.




Dentuman bass daripada Fauzi, petikan gitar yang bertali arus dari Joe dan Hillary Ang serta hentakan dram daripada Ainoll terus bersahutan menjalin melodi Tekno Dewata, Kurnia, Meniti Titian Usang, Lena Diulit Intan, Mentari Merah Di ufuk Timur, Biru Mata Hitamku, Rozana dan Ranjang Mawar.

Kerinduan peminat kepada Prime Domestic seakan terubat setelah kali pertama menyaksikan kehebatan mereka di House@ G Tower sebelum ini. Apatah lagi konsert kali ini menjadi platform untuk Prime Domestic menguji kesetiaan peminatnya.

Kehadiran Amy menyemarakan lagi atmosfera. Beliau tampil dengan rangkaian lagu yang tidak kurang hebat seperti Isabella, Langit dan Bumi dan Kau Pergi.




Prime Domestic kembali bersama Aweera yang terus menerus melontarkan beberapa buah lagu lagi. Illusi Antonasi, Ameringo, Sedingin Pluto, Alam Barzakh dan Sejati menjadi saksi mereka bersama peminat.

Kemunculan Amy, Ali dan Aweera melalui lagu Pasti seakan memberi tanda bahawa mereka akan kembali untuk konsert seterusnya.  Kolaborasi hebat yang sudah tidak perlu di pertikaikan.


Biar apa pun kontroversi yang melanda terhadap konsert anjuran J Rochestera bersama Life Scape sebelum ini, segalanya sudah terpahat malah terpancar senyuman di riak muka peminat yang hadir melakar nostalgia 2017. 




Post A Comment
  • Blogger Comment using Blogger
  • Facebook Comment using Facebook
  • Disqus Comment using Disqus

No comments :


Rock Album

[15. ROCK][threecolumns]

CD Dan Kaset

[19. CD-KASET][list]

LIRIK

[22. LIRIK LAGU][twocolumns]

METAL-INDIE ALBUM

[16. METAL-INDIE][bsummary]

FLYERS

[12. EVENT][twocolumns]