INFO NEWS

[13. INFO NEWS][bleft]

Video ERK

[07. VIDEO][threecolumns]

May dan XPDC Bakal Gegar Stadium Ipoh


May dan XPDC Bakal Gegar Stadium Ipoh

Dua kumpulan rock terkenal tanah air, XPDC dan May bakal berkongsi pentas dalam Konsert Metal Return 1.0 Live yang akan berlangsung di Stadium Perak, Ipoh, Perak pada 15 Disember depan.
Kumpulan May dianggotai oleh Mus selaku vokalis, Abu (gitar), Yuss (bass) dan Man (drum). Kumpulan XPDC pula dianggotai oleh Ali (vokalis), Izo (gitaris), Eddie (bass), Lola (drum) dan Arif (gitar).
Konsert  Metal Return 1.0 Live ini di anjurkan oleh Ladyboss Studio yang beroperasi dari Ipoh. Apa yang menarik mengenai konsert ini adalah kembalinya May beraksi di kampong halaman sendiri yang pastinya turut mengimbau nostalgia peminat dan kumpulan May itu sendiri.

Bagi peminat setia kumpulan XPDC, mereka pastinya dahagakan persembahan bertenaga biarpun terdapat dua kumpulan XPDC namun itu tidak menjadi halangan malah lebih istimewanya XPDC yang diterajui oleh Ali selaku vokalis baru sahaja tampil dengan album terbaru berjudul Doa.

Memahami bahawasanya pasukan bolasepak Malaysia beraksi di final AFF Suzuki, Ladyboss sebagai penganjur konsert menyediakan screen besar untuk ditayangkan secara Live di stadium perak nanti. Seterusnya  penonton yang hadir akan di hidangkan pula dengan persembahan konsert XPDC dan MAY  yang bermula pukul 10.30 malam, ada pelbagai acara  bermula pukul 12.00 tengah hari. Penganjur turut sajikan persembahan band undangan antaranya Farasu, Sparrow, Gfoss, Rockviral, Rockvival, Chronology, Ur’s, Portzero, Granite, Sniperz, Septiktone, Hakikat, Trivia, Ubs Band, Metalluka dan Holysnake.


Beberapa  acara sampingan turut di adakan antaranya adalah pertandingan Kap-chai Supreme Hero 1.0 bermula pukul 10.00 pagi.
Tiket VIP Zone berharga RM150 manakala Metal Zone pada harga RM95 dan RM60. Pembeli tiket kategori VIP berpeluang hadir sesi meet and greet dalam majlis hi tea dan sehelai T-shirt ekskkusif.

Pembeli kategori Metal Zone RM95 juga akan mendapat T-shirt. Untuk sebarang pertanyaan boleh hubungi talian 017-5787728 dan 019-5578855.




aturcara:  bermula pada 14hb 12 2018
aturcara 15hb 12 2018


Post A Comment
  • Blogger Comment using Blogger
  • Facebook Comment using Facebook
  • Disqus Comment using Disqus

No comments :


Rock Album

[15. ROCK][threecolumns]

CD Dan Kaset

[19. CD-KASET][list]

LIRIK

[22. LIRIK LAGU][twocolumns]

METAL-INDIE ALBUM

[16. METAL-INDIE][bsummary]

FLYERS

[12. EVENT][twocolumns]