INFO NEWS

[13. INFO NEWS][bleft]

Video ERK

[07. VIDEO][threecolumns]

Dragon Malaya Dan Awie Gegar House G Tower

Dragon Malaya dan Hillary Ang Project Bakal Gegar House, G Tower
Dragon Malaya bukanlah sebuah kumpulan baru yang ditubuhkan, malah usia kumpulan yang bergenrekan heavy ini telah menganjak ke angka 18 tahun. Malah ianya dilatari dengan pemuzik professional yang menjadikan seni muzik sebagai kerjaya mereka.
Meniti hirarki Dragon Malaya telah ditubuhkan sekitar tahun 2000, dimana ketika itu ianya dibarisi oleh Kid Search (gitar), CD Silkhannaz (gitar), Yus May (bass) dan Jojet (dram) serta Datuk Awie selaku vokalis. Namun sebagai sebuah band projek beberapa pertukaran anggota telah berlaku hingga memaksa Eddie daripada Def Gab C dan XPDC, Lan Taro serta Pae (Projek Pistol, Empire dan Search) meneruskan perjuangan agar panji-panji Dragon Malaya terus berkibar.
Februari lalu Dragon Malaya telah tampil membuat persembahan menerusi penganjuran konsert Wilayah International Motofest 2018 yang berlangsung di Dataran Merdeka.
Kini Dragon Malaya semakin gah memeriahkan industri hiburan negara apabila tampil menerusi persembahan Konsert Datuk Awie & Dragon Malaya yang dijadualkan berlangsung pada 28 Oktober depan.
Persembahan yang diadakan di House @GTower di ibu kota itu merupakan anjuran syarikat Virtuosity dan MPC Event. Ia mampu memuatkan seramai 1,000 orang penonton pada satu-satu masa.
Pada malam persembahan, Awie akan menyampaikan beberapa buah lagu daripada album solo beliau, antaranya Kuda Tiga Kaki, Tinggal Satu Peluru, Tragedi Oktober, Penjara Janji dan Otak.
Mereka akan menyampaikan tribute kepada muzik era 1980-an tidak kira untuk kumpulan Melayu atau Inggeris yang menjadi pengaruh besar dalam gerakan muzik rock di negara ini. Mereka juga akan menyanyikan lagu yang pernah dipopular kumpulan Ozzy Osbourne, Scorpions dan Iron Maiden.
Persembahan pada malam tersebut turut menyaksikan kemunculan kumpulan Hillary Ang Project yang dibarisi oleh Hillary (gitar), Fauzi (bass), Kudin Headwind (keyboard), Elji (penyanyi) dan Pae (dram) sebagai pembuka pentas
Tiket persembahan yang bakal berlangsung selama satu jam setengah itu dijual pada harga RM120. Namun, bagi 400 pembelian terawal, ia dijual pada harga RM100. Sebarang pertanyaan lanjut boleh hubungi MPC di talian 012-6503 252, Virtousity (012-2679 323) atau House (012-5757 971)

by nasroul



Post A Comment
  • Blogger Comment using Blogger
  • Facebook Comment using Facebook
  • Disqus Comment using Disqus

No comments :


Rock Album

[15. ROCK][threecolumns]

CD Dan Kaset

[19. CD-KASET][list]

LIRIK

[22. LIRIK LAGU][twocolumns]

METAL-INDIE ALBUM

[16. METAL-INDIE][bsummary]

FLYERS

[12. EVENT][twocolumns]