INFO NEWS

[13. INFO NEWS][bleft]

Video ERK

[07. VIDEO][threecolumns]

Cromok Kuasai Pentas Metal Legends


 Cromok Kuasai Pentas Metal Legends

by Azuad 

Satu lipatan sejarah telah terungkap apabila dua jentera hebat yang mewakili genre masing-masing telah mempamerkan kehebatan dihadapan lebih 5000 peminat setia mereka.  Cromok dan XPDC di satukan di atas sebuah pentas yang cukup hebat di MAEPS, Serdang pada 3 Februari lalu.

Peminat telah mula memenuhi lokasi konsert “Metal Legends” sekitar jam 6 petang semata-mata untuk menyaksikan 2 buah kumpulan yang menjadi ikon lantaran membesar dengan lagu-lagu yang didendangkan oleh mereka.

Tepat jam 9.15 malam, empat figura yang cukup dikenali oleh fanatika XPDC iaitu Mael, Zua, Amy dan Jeff berada di atas pentas seraya mendapat sorakan serta teriakan padu daripada peminat yang dahagakan rantaian lagu-lagu dambaan XPDC. Bahalol terus di perdengarkan serta berkesinambungan dengan lagu yang berjudul Penyakit Gatal.


Situasi di hadapan pentas mahupun di ruang hardcore zone masih belum panas lantaran kelihatan hanya sekelumit peminat yang melakukan aksi headbanging. Tanpa banyak bicara XPDC terus melontarkan lagu yang berjudul Jangan Tak Mandi serta sebuah lagu yang berentak perlahan iaitu Nafisa.

“Assalammualaikum Selamat malam..Kuala Lumpur..gua rindu sama lu”, ujar Mael yang cukup mesra dengan peminat setianya.

3 buah lagu kemudiannya dipersembahkan kepada khalayak antaranya Raja Kertas, John Jenin dan Hamba Abdi.  Peminat kemudiannya dihiburkan dengan aksi solo Jeff bersama gitarnya.


“Terima kasih buat semua peminat yang sudi hadir menyokong perjuangan Xpdc sejak tahun 90an hingga kini”, ujar Mael sebelum melontarkan lagu Selendang Merdeka yang nyata membuatkan peminat tidak lagi berpeluk tubuh malah melakukan yang sebaliknya.  XPDC meninggalkan pentas dengan lagu Kita Peng Yu.

Pentas kemudiannya di serahkan kepada lagenda thrash metal Malaysia Cromok.  Kumpulan yang ditubuhkan pada tahun 1987 dan pernah menempa nama di Australia dan seluruh rantau di Asia itu kini hanya menyaksikan Karl, Sam dan Miji sahaja sebagai anggotanya, memandangkan seorang lagi anggotanya, iaitu Din atau nama sebenarnya Khairuddin Mohamad sudah meninggal dunia pada tahun 1997.


The Ulek yang sudah sinonim dengan Cromok menjadi intro untuk aksi mereka kali ini.  Belum sempat peminat hendak melakukan aksi headbanging, masalah teknikal melanda menyebabkan situasi sedikit terganggu. Hasil gabungan gitar yang cukup berharmoni melalui lagu Misty yang di petik daripada album pertama berjudul Image of Purity akhirnya mengundang pelbagai aksi menarik di kalangan khalayak.


Kekuatan vokal Sam masih lagi sama, tanpa banyak bicara lagu The Other di lontarkan. Karisma,energetik itulah yang boleh di lontarkan kepada Cromok.  Meskipun usia pemacunya sudah mencecah ke angka 50 an namun kredibiliti serta komitmen yang di tunjukkn cukup pesonanya.



Journey sudah pasti kedengaran lantas membawa sejuta nostalgia buat peminat yang membesar dengan lagu-lagu cromok. Peminat setia cromok terus di landa keresahan ketika lagu Memories dan Seedling di persembahan.  Ini adalah penanda aras untuk peminat yang baru mengenali Cromok ketika itu.

Kehadiran sahabat serta Pengurus kepada Cromok sewaktu mereka di Australia dahulu, merupakan kejutan buat peminat di Malaysia.  Insan yang mereka maksudkan adalah Daney Kaleda.

Miji meninggalkan posisi dram untuk bersama-sama dengan Syah, Sam dan Karl melalui lagu Another You yang diperdengarkan secara akustik. Sebagai info lagu ini turut dirakamkn oleh Amuk yang diriliskn dalam versi bahasa melayu.

Mereka kemudiannya mempertaruhkan lagi 3 buah lagu sebagai santapan minda,  Final Ticking, Little One dan I Don’t Belong.  Apa yang pasti sejak di awal persembahan mereka peminat tidak jemu-jemu untuk melakukan aksi headbanging.  Begitu juga aksi-aksi gitar daripada Karl dan Syah sentiasa menjadi intipan peminat yang meminati gitar.



Miji pula dilihat cukup konsisten dengan setiap pukulan dan hentakan padu pada dramnya.  Rata-rata peminat memuji vokal Sam yang masih punya aura apatah lagi menyaksikan konsert ini seakan sedang mendengar putaran kaset atau CD rilisan Cromok. 

Sebelum meninggalkan pentas Cromok turut mendendangkan  beberapa buah lagu lagi antaranya adalah Unicorn, Stranger dan Obsessed.  Limpahan cahaya lampu serta sistem bunyi yang di pamerkan oleh Cromok cukup meresapi jiwa, jadi tidak hairanlah mengapa mereka menguasai pentas “Metal Legends” anjuran Dreamstage yang pastinya meninggalkan sejuta memori kepada peminat.

Post A Comment
  • Blogger Comment using Blogger
  • Facebook Comment using Facebook
  • Disqus Comment using Disqus

1 comment :


Rock Album

[15. ROCK][threecolumns]

CD Dan Kaset

[19. CD-KASET][list]

LIRIK

[22. LIRIK LAGU][twocolumns]

METAL-INDIE ALBUM

[16. METAL-INDIE][bsummary]

FLYERS

[12. EVENT][twocolumns]