INFO NEWS

[13. INFO NEWS][bleft]

Video ERK

[07. VIDEO][threecolumns]

FTG dan XPDC Buktikan Mereka Masih Punya Peminat


FTG dan XPDC Buktikan Mereka Masih Punya Peminat
by Nazroul Azuad

XPDC dan FTG jentera yang tidak perlu di pertikaikan lagi kehebatan mereka, jenama yang mula melungsuri setiap daerah, bandar dan negeri melalui ‘fun fair’sejak sekian lama ini telah lama bertahta di hati para peminat setianya.  Meskipun kini mereka jarang beraksi namun kekentalan jiwa fanatika mereka sentiasa menjadi sumber inspirasi.  Buktinya lebih 1500 peminat telah memenuhi ruang Stadium MABA (Stadium Persatuan Bola Keranjang Malaysia), Kuala Lumpur pada 2 Oktober lalu.

Konsert Rockstage II anjuran Rockstage Entertainment yang menggabungkan XPDC, FTG dan Metalzonn terbukti berjaya biarpun tanpa sebarang penaja. Seawal jam 6 petang lagi peminat setia telah mula memenuhi lokasi konsert semata-mata untuk mendapatkan barangan cenderahati daripada kumpulan kegemaran mereka.
Kumpulan Metalzonn terlebih dahulu dipertangungjawabkan sebagai ‘opening band’ malah bertindak sebagai pemanas untuk konsert Rockstage II.  Kumpulan yang telah ditubuhkan di Kajang ini telah mempersembahkan 3 buah lagu iaitu Into The Pit (Judas Priest), lagu ciptaan mereka sendiri iaitu Zone Metal dan sebuah lagu saduran dari Metallica yang berjudul Master Of Puppets.
Sekitar jam 9.30 kelihatan susuk tubuh yang sudah tidak perlu di perkenalkan lagi mula berdiri  di atas pentas.  Kehadiran Mael, Zua, Amy dan Jeff pastinya menimbulkan suasana yang tidak keruan di kalangan peminat fanatik mereka apatah lagi setelah mereka menghamburkan lagu pertama yang berjudul Kabus Semalam.

Biar apa pun persepsi serta kontroversi yang melanda XPDC peminat seakan tidak peduli, bagi mereka kehadiran ke konsert kali ini adalah untuk ‘layan’ lagu-lagu yang dipersembahkan oleh ikon dambaan mereka. Persembahan XPDC kali ini di lihat cukup bertenaga apatah lagi mereka telah di bantu oleh anak Mael iaitu Affil yang bertindak sebagai ‘back up singer’.
XPDC kemudiannya  terus menghangatkan suasana dengan mendendangkan rangkaian lagu popular seperti  Ntahapahantah, Hidup Bersama, medley Hentian Ini, Hijau Bumi Tuhan, Aku Dan Sesuatu, Selendang Merdeka dan Bahalol.
Mael yang sentiasa berkomunikasi dengan penonton nyata memberikan impak kepada fanatik XPDC apatah lagi mereka sentiasa melagukan setiap lagu yang di persembahkan oleh XPDC.  Suasana persembahan juga tidak kurang meriahnya dengan berkibarnya ‘Panji-Panji XPDC’ yang sentiasa berkibaran ketika konsert berlangsung.
Lagu Raja Kertas yang diberi nafas yang lebih segar juga di lihat sebagai satu melankolik terhadap komitmen XPDC yang juga cuba untuk memikat peminat setia kumpulan FTG yang pastinya berpaksikan irama keras.  XPDC melabuhkan tirai persembahan dengan lagu Senapang Patah.
Berlalunya XPDC bermakna FTG mengambil alih pentas, peminat yang sedari awal berada di hadapan pentas tidak berganjak malah terus memberikan sokongan kepada band yang akronim dengan Freedom That’s Gone yang berjalurkan muzik thrash metal.  Masih lagi kekal dengan anggota asal iaitu Tajul, Mie, Jac dan Nizam.

FTG mula mengharukan pentas dengan lagu yang berjudul Life yang di petik daripada album To The Front.  Sudah pasti di sana sini kelihatan aksi moshing dilakukan peminat yang sememangnya dahagakan melodi keras daripada FTG.
Aksi Mie yang bersahaja, petikan gitar daripada Jac dan ketukan drum selaku pemain dram sentiasa menjadi perhatian peminat yang rata-rata telah mengenali FTG sejak tahun 1991 lagi sewaktu EP pertama mereka yang berjudul ‘Freedom That’s Gone’ di riliskan.
Tajul yang sentiasa aggresif di atas pentas kali ini tampil dengan imej botak sedikit pun tidak memberi ruang untuk peminat berhenti rehat.  FTG terus menghamburkan beberapa buah lagu yang membawa peminat melungsuri nostalgia ketika di zaman ‘fun fair’ antaranya adalah Behind This Wall, Anak Tiri, Malaysia Maju, To The Front, Break The Spell, 60 Days In Hell, Rozanna, Fire, Sprit To Rebel dan Aku Tak Peduli.

Limpahan cahaya neon serta sistem bunyi yang garang tampak lebih bertenaga malah kelihatan FTG seolah-olah sedang melepaskan amarah yang terpendam selama ini.  Usia tidak membataskan pergerakan FTG walaupun kelihatan Jac yang sedikit statik tanpa banyak pergerakan sepertimana di awal kemunculan mereka dahulu.
Setelah lebih 2 jam konsert Rockstage II melabuhkan tirainya sekitar jam 11.30 malam, rata-rata peminat melahirkan rasa gembira dan puas dengan aksi kumpulan pujaan mereka.  Malah lebih membanggakan mereka masih mampu menjaga tata susila dan jati diri yang tinggi biarpun mereka meminati muzik yang keras.















Post A Comment
  • Blogger Comment using Blogger
  • Facebook Comment using Facebook
  • Disqus Comment using Disqus

No comments :


Rock Album

[15. ROCK][threecolumns]

CD Dan Kaset

[19. CD-KASET][list]

LIRIK

[22. LIRIK LAGU][twocolumns]

METAL-INDIE ALBUM

[16. METAL-INDIE][bsummary]

FLYERS

[12. EVENT][twocolumns]