May dan XPDC Bakal Gegar Stadium Ipoh
May dan
XPDC Bakal Gegar Stadium Ipoh
Dua kumpulan
rock terkenal tanah air, XPDC dan May bakal berkongsi pentas dalam Konsert
Metal Return 1.0 Live yang akan berlangsung di Stadium Perak, Ipoh, Perak pada
15 Disember depan.
Kumpulan May
dianggotai oleh Mus selaku vokalis, Abu (gitar), Yuss (bass) dan Man (drum).
Kumpulan XPDC pula dianggotai oleh Ali (vokalis), Izo (gitaris), Eddie (bass),
Lola (drum) dan Arif (gitar).
Konsert Metal Return 1.0 Live ini di anjurkan oleh
Ladyboss Studio yang beroperasi dari Ipoh. Apa yang menarik mengenai konsert
ini adalah kembalinya May beraksi di kampong halaman sendiri yang pastinya
turut mengimbau nostalgia peminat dan kumpulan May itu sendiri.
Bagi peminat setia
kumpulan XPDC, mereka pastinya dahagakan persembahan bertenaga biarpun terdapat
dua kumpulan XPDC namun itu tidak menjadi halangan malah lebih istimewanya XPDC
yang diterajui oleh Ali selaku vokalis baru sahaja tampil dengan album terbaru
berjudul Doa.
Memahami bahawasanya pasukan bolasepak Malaysia beraksi di final AFF Suzuki, Ladyboss sebagai penganjur konsert menyediakan screen besar untuk ditayangkan secara Live di stadium perak nanti. Seterusnya penonton yang hadir akan di hidangkan pula dengan persembahan konsert XPDC dan MAY yang bermula pukul 10.30 malam, ada pelbagai acara
bermula pukul 12.00 tengah hari. Penganjur turut sajikan persembahan band
undangan antaranya Farasu, Sparrow, Gfoss, Rockviral, Rockvival, Chronology,
Ur’s, Portzero, Granite, Sniperz, Septiktone, Hakikat, Trivia, Ubs Band,
Metalluka dan Holysnake.
Beberapa
acara sampingan turut di adakan
antaranya adalah pertandingan Kap-chai Supreme Hero 1.0 bermula pukul 10.00
pagi.
Tiket
VIP Zone berharga RM150 manakala Metal Zone pada harga RM95 dan RM60. Pembeli
tiket kategori VIP berpeluang hadir sesi meet and greet dalam majlis hi tea dan
sehelai T-shirt ekskkusif.
Pembeli
kategori Metal Zone RM95 juga akan mendapat T-shirt. Untuk sebarang pertanyaan
boleh hubungi talian 017-5787728 dan 019-5578855.
aturcara 15hb 12 2018
Post A Comment
No comments :