INFO NEWS

[13. INFO NEWS][bleft]

Video ERK

[07. VIDEO][threecolumns]

Serangan Awie & Dragon Malaya Membuahkan Hasil



Serangan Awie & Dragon Malaya Membuahkan Hasil

by  Nazrul / Master

Kali terakhir mereka tampil dengan persembahan adalah sekitar Februari lalu menerusi penganjuran konsert Wilayah International Motofest 2018 yang berlangsung di Dataran Merdeka. Nyata nama Dragon Malaya semakin gah di persada seni tempatan, buktinya hampir 800 orang peminat membanjiri House @GTower pada 28 Oktober lalu.

Showcase Eksklusif anjuran Virtuosity & MPC Event itu terlebih dahulu menampilkan kumpulan Hillary Ang Project yang dianggotai oleh Hillary (gitar), Fauzi (bass), Kudin Headwind (keyboard), Elji (penyanyi) dan Pae (dram) sebagai pembuka pentas dan apa yang pasti penyatuan pemuzik professional ini sememangnya ampuh untuk di pertikaikan kehebatan sewaktu berada di atas pentas.


Sekitar jam 10.45 malam Dragon Malaya yang kini diterajui oleh Datuk Awie, Eddie Def Gab C/XPDC, Lan Taro dan Pae (Projek Pistol, Empire dan Search) mula mengambil alih pentas  lantas mengalunkan 4 buah lagu antaranya Bumi Kita Ada Naga, Bujang Senang, Lipas Kudung dan Penjara Janji yang nyata cukup untuk meningkatkan aliran adrenalin penonton yang hadir.
Bagi meredakan situasi yang sejak awal tegang dengan rantaian lagu-lagu rancak, Didalam segmen ‘Poyo’ Dragon Malaya membuai perasaan dengan rantaian lagu-lagu ‘cintan’ seperti Ratuku, Tragedi Oktober dan Tiada Rahsia yang turut mengundang lontaran vokal daripada peminat.
Sayap Ilusi, Kita Permata, Kau Yang Mula Dulu, Sejati dan Ukiran Jiwa telah dipersembahkan menerusi segmen ‘Juke Box’ yang mengabadikan rangkaian lagu permintaan daripada peminat, dimana ianya telah di buat melalui media sosial seperti facebook dan instagram sebelum konsert berlangsung.
Awie kemudiannnya tampil bernyanyi sambil bermain gitar seraya menyampaikan lagu yang menjadi ikonik kepada band Dragon Malaya, Kuda Tiga Kaki. Usai membuat persembahan Awie kemudiannya menjemput Hillary Ang bagi merialisasikan segmen Tribute To Ozzy Osbourne.  Mereka membawakan lagu-lagu seperti Mr Crowley, Paranoid dan S.AT.O.
Meneruskan persembahan didalam segmen Thanks To Jon mengimbau kembali lagu-lagu rock 80an seperti Nobody fool, Blackout, Dust in The wind, Is There Anybody There dan Delaila.
Biarpun wirama rock 80an nafas baru terus berkumandang namun kelihatan beberapa penonton hilang tumpuan dan mula beredar.Ini mungkin disebabkan lagu-lagu itu tidak menepati citarasa mereka ataupun kepenatan apabila beresak-esak di ruangan persembahan.
Melihat kepada situasi itu, Awie pantas mengawal keadaan dengan berbicara bersama penonton sehinggakan penonton yang hadir kembali memenuhi ruangan persembahan. Dragon Malaya meneruskan persembahan mereka dengan lagu Nurnilam Sari, Peronda Jaket Biru dan diakhiri lagu Romania.
Rata-rata penonton yang hadir berpuas hati dan merasai impak dari persembahan Awie dan Dragon Malaya ini.
   










  






Post A Comment
  • Blogger Comment using Blogger
  • Facebook Comment using Facebook
  • Disqus Comment using Disqus

No comments :


Rock Album

[15. ROCK][threecolumns]

CD Dan Kaset

[19. CD-KASET][list]

LIRIK

[22. LIRIK LAGU][twocolumns]

METAL-INDIE ALBUM

[16. METAL-INDIE][bsummary]

FLYERS

[12. EVENT][twocolumns]