INFO NEWS

[13. INFO NEWS][bleft]

Video ERK

[07. VIDEO][threecolumns]

Wings 30 Tahun - PANAS!!! Konsert 30 Tahun Wings,Tiket Harga diskaun ditarik balik

 PANAS!!! Konsert 30 Tahun Wings,Tiket! Harga diskaun ditarik balik.

PANAS!!! Konsert 30 Tahun Wings,Tiket! Harga diskaun ditarik balik.

Apabila MasterComp Menulis: Tersumpit kepanasan komer……

Sebilangan peminat mengeluh TIKET KONSERT MAHAL?!!!
Harga tiket yang tidak berpatutan dengan situasi semasa serta kegawatan ekonomi negara yang berlaku masa kini. Nilai ringgit semakin rendah dan kekangan ekonomi belian peminat rock itu perlu dikaji.
Mereka tertekan dan berbelah bagi diantara tuntutan jiwa gelora Rock atau situasi poket mereka yang terbeban dengan tuntutan kehidupan seharian. Dikhabarkan harga jualan tiket adalah berlainan, bagi fan-fan tertentu mendapat diskaun harga menarik, bukan fan harga yang berbeza. Manakala yang mengikuti jelajah pula harga yang berlainan. Tidak mengapalah jika itu strategi jualan tiket mereka,Namun begitu, penganjur seperti mahu “test market” dan ingin menguji kesabaran peminat ROCK apabila, dikabarkan diskaun itu ditarik balik atau dikurangkan terhadap sesetengah pihak, tidak seperti yang dijanjikan seperti awalnya. Ini menimbulkan kurang senang di hati fan-fans ROCK yang terlibat.
Tidak kah mereka mengkaji dan merumuskan apa yang telah berlaku kepada Konsert XPDC tempohari? Peminat menyumpah seranah dan kecewa. Sementelah dengan harga tiket yang tinggi serta kisah duka yang berlaku ketika acara konsert berlansung, di lokasi tapak konsert yang sama? mampukah Wings dan penganjur menghalang perkara-perkara yang tidak diingini seperti itu berulang? Ini kerana, peminat juga yang akan merasakan mereka kerugian serta diperbodohkan dan diperdaya. Akhirnya bukan mereka sahaja yang rugi, tetapi impaknya terlempias kepada keseluruhan oraganisasi MUZIK dan artis-artis ROCK itu sendiri. Jangan difikir lepas temolok dan kehendak kumpulan anda sahaja. Perlu diingat pada rakan-rakan artis lain serta nasib mereka juga.
Bukankah lebih baik, jika diturunkan sahaja sedikit kesemua harga-harga tiket tersebut, sama rata sama rasa. Sudah tentu lebih ramai peminat yang mampu datang dan menikmati konsert tersebut.
Pengakhirannya, tidak payah dicanang diskaun tiket sana sini, jika janji awalnya tidak boleh dikotakan. Jangan pula nanti, peminat –peminat tegar Rock ini pula, yang berpakat untuk memBOIKOTkan sahaja konsert ini dan juga konsert-konsert yang mendatang. Dan paling penting, Jangan sampai esok-esok hingga orang dah tak peduli...baru terhegeh-hegeh mencari peminat semula.... Komer bincang-bincangkanla ya…

Konsert Wings 30 Tahun
31 October 2015
Stadium Merdeka , KL
Acara bermula 2 Ptg

Tiket: RM285 | RM85 | RM48


Source : Era Rock Kapak
Post A Comment
  • Blogger Comment using Blogger
  • Facebook Comment using Facebook
  • Disqus Comment using Disqus

No comments :


Rock Album

[15. ROCK][threecolumns]

CD Dan Kaset

[19. CD-KASET][list]

LIRIK

[22. LIRIK LAGU][twocolumns]

METAL-INDIE ALBUM

[16. METAL-INDIE][bsummary]

FLYERS

[12. EVENT][twocolumns]