Event Apa Khabar Rockers
Apa Khabar Rockers?
Saat yang dinantikan oleh peminat Rock dan pencinta muzik tanahair sudah tiba. Bermulanya awal tahun 2014, rancangan AKR - Apa Khabar Rockers akan mula dihidangkan kepada anda bersiaran selama 13 minggu setiap hari SABTU di kaca TV2 RTM. Jarang sekali kita dapat lihat mat -mat rock beraksi di kaca TV RTM mutakhir ini. Namun begitu rancangan ini sudah pastinya akan memecahkan mitos mengenai Kumpulan Rock yang sering di GAM dari keluar dalam siaran stesen TV RTM atau Radio semenjak era 90an lagi. Siaran akan dibahagikan kepada 13 episod dangan barisan Kumpulan Rock Kapak era 80an-90an yang berbeza.
Hala tuju projek AKR ini dibawah kelolaan pengarahan Lan Gamma yang juga bertindak sebagai penerbit rancangan. Manakala Keena Mentor diberikan tugas untuk menggalas tanggungjawap sebagai pengacara bagi setiap episod. Pengisian rancangan bukan hanya kepada persembahan nyanyian muzik rock semata-mata, malahan lebih manis lagi, sisi kehidupan para ahli-ahli kumpulan rockers ini menjalani kehidupan harian turut dipaparkan. Suka duka dan cabaran hidup insan seni bergelar artis rock kapak dikongsikan bersama peminat-peminat semua. Sudah pasti jiwa anda akan terusik dengan hamparan lagu dan juga kisah-kisah mereka.
Menjadi persoalan kepada penulis apakah pengisian, kelebihan serta perubahan yang dibawa dalam rancangan ini lebih baik berbanding rancangan yang terdahulu iaitu rancangan ROCK PRIMA yang disiarkan disaluran Astro prima ditahun 2008. Diharapkan mutu sistem audio, visual, pentas, lampu dan isi rancangan tersebut dipertingkat dan diperkemaskan.
Artis Kumpulan Rock yang terlibat adalah Satira, Burnmark, Bloodshed, Gravity, CRK, Meditasi, Samudera, Putra, Burnmark, EYE, Lela, Junction dan HandyBlack.
Pastikan anda menempah slot hari minggu anda dengan menonton Apa Khabar Rockers
Setiap Sabtu ,11 pagi bermula 4hb Januari 2014.
- MasterComp
*****************
Update:
Tarikh Tayangan Rockers APA khabar
Tarikh: bermula 18 January 2014
Masa : 11 pagi
Hari : Setiap sabtu
Saluran TV 2 RTM sebanyak 13 episoded
18 Januari - Kumpulan Satira Mus Satira, Doran Razali
25 Januari - Kumpulan Sejati Yazid Sejati
8 Februari - Kumpulan Junction Hatta Junction
15 Februari - Kumpulan Burnmark Joe Burnmark
22 Februari - Kumpulan Graviti - Isa Hamsah
1 Februari - Kumpulan Samudera Tajul Samudera Guitaris Syed SamuderaSamudera Fanpage
8 March - Kumpulan U-Topia Afee U-topia
15 March - Kumpulan EYE Izam Eye Kumpulan E.Y.E.
22 March - Kumpulan Bloodshed Judy Bloodshed Joe Bloodshed Muzam Bloodshed Kumpulan Bloodshed
29 March - Kumpulan CRK Kamal Crk
5 april - Kumpulan Lela
12 April - Kumpulan Putra Ann Putra Man Putra Nik Putra Oliver Putra
19 April - Kumpulan Meditasi Burn Meditasi MEDITASI FAN CLUB
*****************
Post A Comment
No comments :