INFO NEWS

[13. INFO NEWS][bleft]

Video ERK

[07. VIDEO][threecolumns]

Event: Chapters09 "Live On Stage" 2010


Apabila MasterComp menulis:

Semakin meriah dengan kemunculan  kembali kumpulan-kumpulan rock di zaman Era Rock Kapak  ke persada muzik tanahair kita. Terbaru adalah dengan kehadiran kumpulan Chapters 09 yang baru sahaja melancarkan album terbaru mereka dengan mempertaruhkan lagu popular seperti Permata Hati, Gurauan Kata Cinta dan Rantai -Rantai. Semperna itu Nadi Event & Resources telah menganjurkan konsert Chapters09 "Live On Stage "yang dijadualkan pada 5 Nov 2010 ini. Bertempat di One Cafe Jalan TAR, Kuala Lumpur.

Penampilan mereka kali ini sangat istimewa dengan menggabungkan kembali ahli lama dan baru serta menampilkan Pemain Gitar No. 1 Malaysia pada ketika ini, iaitu saudara Edri Hasyim (ex-Chapters) sebagai penampilan khas yang mengiringi konsert Chapters09 pada hari tersebut. Sudah pasti konsert ini ditunggu - tunggu oleh segenap peminat rock kapak tanahair yang sentiasa menanti kemunculan kembali kumpulan rock ini. Dihebahkan oleh ketua kumpulan ini iaitu saudara Wan Chap (Drummer) beliau mengatakan yang mereka sudah melakukan latihan sejak beberapa bulan terdahulu bagi mempersembahkan satu persembahan mantap yang mampu memberi kesan dan  impak yang maksima kepada peminat-peminat mereka. Ini adalah untuk membuktikan bahawa kemunculan kembali mereka kali ini adalah bukan hanya untuk sementara, tetapi bermaksud lebih besar dari itu, iaitu adalah untuk membangkitkan kembali satu fenomena muzik rock yang sangat popular dari dulu hingga kini.Beliau juga mengharapkan sokongan peminat-peminat rock untuk hadir bersama-sama bagi memeriahkan lagi  suasana pada hari konsert tersebut. Kepada peminat yang hadir disediakan juga gerai jualan Album dan cenderamata dengan harga yang sangat berpatutan.

Jika dahulu kita hanya mampu mendengar lagu-lagu popular mereka seperti dosa cinta, titian rindu dan takdirkah ini dicorong-corong radio, kini kita mampu melihat mereka beraksi secara LIVE. Jangan lepaskan peluang ini, Datang dan Sokong mereka beramai-ramai.

Maklumat terperinci mengenai konsert Chapers09 Live On Stage ini adalah seperti berikut:

Tarikh: 5 November 2010
Hari: Jumaat (Malam)
Masa: 10.00pm
Alamat : One Cafe, Jalan Tengku Abul Rahman , Kuala Lumpur 
Tiket: RM15

p/s: 
Boleh dapatkan baju tshirt Chapters09 di tempat-tempat jualan tiket dan juga banyak hadiah2 menarik disediakan, cabutan bertuah (antaranya dvd player) dan bermacam-macam lagi...Datang Beramai-ramai

Talian tiket: 012-3691096 (ABE) atau boleh didapati di pintu masuk One Cafe dengan harga rm15.

"ROCK 4 EVER"
ERA ROCK KAPAK 
http://melayurock.blogspot.com 
http://melayump3.multiply.com 
http://erarock.org 
All by: MasterComp

MasterComp

Penulis merupakan seorang IT Specialist sepenuh masa dan melakukan kerja sambilan sebagai Webmaster, Jurugambar, Penulis Lirik-lagu, Photoshop Design, Video Editing dan juga Blogger. Menjalani kehidupan yang ceria, sederhana dan peminat rock tegar.

Post A Comment
  • Blogger Comment using Blogger
  • Facebook Comment using Facebook
  • Disqus Comment using Disqus

No comments :


Rock Album

[15. ROCK][threecolumns]

CD Dan Kaset

[19. CD-KASET][list]

LIRIK

[22. LIRIK LAGU][twocolumns]

METAL-INDIE ALBUM

[16. METAL-INDIE][bsummary]

FLYERS

[12. EVENT][twocolumns]