INFO NEWS

[13. INFO NEWS][bleft]

Video ERK

[07. VIDEO][threecolumns]

Kronologi Bloodshed di Batang Kali


Apabila MasterComp Menulis:
9.50 AM, Selasa
17 Feb 2009

Master seperti berada dalam alam khayalan..tak disangka... selepas 20 tahun kumpulan Bloodshed menyepikan diri, terhindar dari segala macam gosip liar dan juga kecelaruan dunia aliran muzik tanahair ..akhirnya berjaya juga meraka membuat sebuah persembahan.
Iya..!! sebuah persembahan...!!!

Arghhh julungkalinya diatas pentas selepas 20 tahun.. Fuhhhh!!!!! Sungguh teruja..
Ops .sebelum itu mari kita mengimbau kembali kronologi sebelum dan selepas bloodshed membuat persembahan dari pemerhatian MasterComp lah (sapa lagi).

Sabtu; 14 hb Februari 2008 ( hari kekasih tue )

1.00 PM -

Master dengan tak sabar2nya.. start kereta keluar dari rumah terus menuju ke studio B shed Entertainment di jalan reko kajang . Dalam kereta start dah pasang lagu-lagu Bloodshed + lagu terbaru mereka Manifestasi Cinta.. ( Ambil feel dulu )

2.30 PM

Sampai di Studio Bloodshed. kelihatan beberapa ahli Bloodshed dan juga pasukan gerak khas Bloodshed @ MyBlood sudah ada disana. Rancak berbual dan menyusun2 strategi dan perancangan seterusnya.

3.00 PM

Krew MyBlood sibuk bekerjasama memasukkan peralatan muzik kedalam kenderaan - kenderaan yang bersusun cantik berkilat2 diluar studio. (Murah rezki)

3.30 PM

7 buah kenderaan sarat dengan penumpang dan peralatan muzik mula bergerak.
keluar dari jalan reko masuk ke lebuh raya menuju ke destinasi iaitu Batang Kali, Rawang Selangor, Malaysia. Perjalanan Bloodshed sebagai Artis Rock kembali bermula......Semuanya berdebar2.... bukan ahli band ajer yang berdebar.. krew yang ikut pun sama..(tak pasal2 heheheh)


4.30 PM

Berhenti sebentar di hutan Ulu Yam , Selangor. Sambil-sambil menghirup udara segar dan nyaman. Yang perokok pula turut mengambil kesempatan menghirup asap yang segar juga ..(berbagai jenis asap..diantaranya asap dari rokok dunhill, gudang garam, malrboro, keretek, paip dan lain-lain) penat duk dalam kereta. Dan sesi fotografi tak rasmi dijalankan hehhehe.

5.00 PM

Sampai di pekan lama Ulu Yam. Berhenti seketika untuk sesi Makan dan minum di kedai mamak.

5.30 PM

Tiba di dewan Besar Batang Kali. Ketika ini acara pertandingan muzikal Rock Revenge a.k.a BOTB sedang berlansung. (master sempat tengok 4-5 band yang perform)
Hebat-hebat.. diantara band2 yang bertanding adalah kumpulan Cropox, dan apa lagi yer..lupa lah nama yang lain2 tue...).
Solat asar jangan dilupakan...

6.30 PM

Pertandingan Muzikal tamat.

Kumpulan bloodshed dan nrocinu test sound sytem.
Apa yang diorang godek2 alat muzik atas pentas tu master tak taulah...bahagian - nahagian teknikal muzik nie ..master hampeh skit.. dgr jelah :)


8.00 PM

Setelah selesai solat magrib dan mengetest sound system. masing - masing berdebar2 menunggu kehadiran penonton. Pada mulanya didalam dewan besar tersbut masih kosong. tiada penonton lagi. Ketika nie Master agak risau sedikit.. eh adake org nak dtg nie.. promosi takde nie.lokasi persembahan pun bertukar2 tempat...aiseyy..gumam master sendirian.
Tetapi semuanya itu sementara sahaja..

8.30 PM

Fuhh..tak semena-mena.. entah dari mana datangnya manusia ...dari ceruk kampung hingga ke kota.. Orang semakin ramai.. ada yang datang secara Solo seperti mat rock, ada yang datang bercouple (Hari kekasih la katakan) ala2 romeo dan juliet tersengih2, roman siti norbaya dan zulkarnian, ada yang berkeluarga..anak kecik berderit2..pun datang...
yang paling best ..pakcik2 dan makcik2 turut hadir....
(kata-kata dari seorang makcik.. "Makcik datang nak tgk Kumpulan Bloodshed.. Dulu Makcik pegi tgk show diorang masa di Stadium Merdeka")... PEhhhhhh klasikkkkk...
Peminat Bloodshed Masih Ada.. Dari Dulu, Kini dan Selamanya ahaaaa....Siapa Sangka Siapa Menduga...

Dengan tak disangka2..penuh satu dewan.. WAHHHHHHHHHHH Hebattttt!!!!!!
(mungkin show free agaknya Hmmppp..kalau berbayar agak2nya ramai ke tak orgnye mcm nie heheh) ..kata hati MasterComp lagi lah!!

Keadaan dalam dewan terkawal.. Opss lupe nak ceritakan, Dewan nie dilengkapi tempat duduk yang cantik dan berhawa dingin...berlampukan lampu kalimantang berwarna putih dan lampu bulat2 kuning tue ( ala-ala panggung wayang cineplex atau TGV dikawasan berhampiran anda) Jadi mat2 rock takleh nak head banging lonjat2 la...Semuanya duduk dalam keadaan sopan santun dan tertib....(Kali nie kita kasik can pakcik makcik dan anak2 kecil)..
kalau ade konsert tempat terbuka ..kita headbanging sama-sama yeahh!!

8.45 PM

Kumpulan SAMUDERA memulakan persembahan.. membawakan lagu2 hit mereka..seperti salam sejahtera...
Owhhh best layan lagu jiwa-jiwa..dihari kekasih nie..pehhhh...
lupalah tajuk lagu2 lain aiseyyy...Sorry bro EJ Samudera...

9.30 PM

MC pada malam itu memecahkan kebuntuan malam... Dengan bangga dan cerianya Mempersembahkan Kumpulan BLOODSHED.............

bergegarrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrr
tepukan dari penonton...vokalist utama bloodshed Hakeem memperkenalkan ahli2 asal kumpulan bloodshed...hamdan reko, hamdan triumph, judy , dan ahli baru joe, fadzli dan juga dirinya...Kumpulan bloodshed memulakan persembahan dengan lagu SATRIA MEGA!!!!
masih tidak cukup.. ditambah dengan lagu PERISTIWA, MANUSIA DAN JANJI, PERTUMPAHAN DARAH @ bloodshed,

Suara-suara nakal dari penonton kedengaran.... SRI KANDI CINTAKU BRO!!!!!...ada juga yang berkata...SAMARKAND 1 BRO!!!!!!....

Kumpulan Bloodshed tidak menghampakan peminat2 mereka... lagu Sri kandi Cintaku didendangkan....Ketika ini ..ramai yang mengikut alunan lagu dan menyanyi lagu tersebut bersama-sama.Kanak-kanak kecil pun ikut sama.. fuhhh penangan Sri Kandi Cintaku mmg hebattttttt...

Ada juga yang menitiskan airmata... Sebak kerana 20 tahun menunggu untuk melihat kembali Kumpulan Bloodshed diatas pentas... sungguh terharu...
Sri kandi cintaku sungguh menyentuh perasaan..bertepatan dan sesuai dialun dan dinyanyikan dihari Kekasih 2009.....SEJARAH Tercipta!!!!

Setelah itu kumpulan Bloodshed menamatkan persembahan mereka dengan lagu heavy dan rancak... Perjuangan ... SAMARKAND....
bergema dewan dengan sentuhan keyboard judy, ketukan drum hamdan triump, lontaran suara hakeem, rengekan gorengan gitar hamdan diselang selikan dengan petikan fadzli.. dan ditambahkan perisa BASS oleh Joe...
membuatkan semua hadirin terdiam seketika...

10.15 PM

Giliran artis rakaman terbaru ..kumpulan Nrocinu pula membuat persembahan... imej yg gempak ala-ala pirate... dan muzik yang rock dan metal... mengalunkan lagu2 hit omputih (lupala tajuk apa) dan lagu2 dari album terbaru mereka yang bertajuk Keamanan...

setelah itu.. BRO Zuar XPDC pula dipanggil keatas pentas..bergabung bersama-sama Nrocinu ..
fehh sapa sangka.. Bro ZUAR juga boleh menyanyi... dibelasahnya lagu kamelia, danlagu mat saleh..aku lupe tajuk..

havoc sekejap dalam dewan..persembahan nrocinu tak menghampakan.. habis satu dewan diorang bergerak... (alatan muzik diorang guna @ gitar wireless..jadi bleh la bergerak bebas)

Mereka sudahi persembahan dengan lagu ISRAEL PENGGANAS!!!...penonton mengikut sama... best!!!

Pada masa yang sama..ketika persembahan ini dijalankan..kumpulan bloodshed sudah menyimpan peralatan muzik mereka dalam kenderaan.. Sudah releks kat luar berbual2 dgn peminat mereka..

Kelihatan YB Batang Kali baru sampai... (jadi dia terlepaslah tengok persembahan Bloodshed tadi)

11.10 PM

Dengan tiba-tiba.....!!!!!!!!!!!!!!

MC majlis mengumumkan ..dipersilakan sekali lagi Kumpulan Bloodshed untuk membuat persembahan... Direquest Khas oleh Yang Amat Berhormat Batang kali...

Dengan keadaan terkejut dan kelam kabut.. ahli2 MyBlood dan anggota kumpulan Bloodshed Pantas mengeluarkan kembali alatan muzik mereka dan naik ke pentas..

Rupernya2 YB nak dgr lagu SRI KANDI CINTAKU dan SAMARKAND..
Dengan sepantas yang mungkin.. kumpulan bloodshed siap sedia untuk memulakan kembali persembahan mereka..

Suara nakal dari penonton kedengaran lagi.. bro sekali lagi bro.. SRI KANDI CINTAKU.... SAMARKAND...

Dengan tidak membuang masa.. Bloodshed memulakan persembahan kali kedua @ part 2..
lagu SRI KANDI CINTAKU dan SAMARKAND dinyanyikan sekali lagi... semua terhibuir. Kali ini Bloodshed buat julungkalinya juga memperdengarkan lagu single terbaru mereka.. Manifestasi Cinta kepada penonton... penonton cukup gembira mendengar lagu tersebut..

Persembahan Bloodshed tidak terhenti disitu sahaja... ditambah lagi beberapa buah lagu heavy metal dan rancak ...
Permintaan peminat untuk mereka membawa beberapa lagi lagu terpaksa ditolak... sehinggakan Vokalist terpaksa menyatakan waktu sudah larut malam...

Mereka menamatkan persembahan mereka dengan tepukan dan kegembiraan terpancar pada setiap hadirin yang hadir..

terima kasih diucapkan...

AHAD
12.30 AM

Kumpulan Bloodshed dan krew MyBlood bergerak kekedai makan...
Sesi mengisi perut dan tekak pula berlansung...
Ketika ini... kami di didendangkan oleh penyanyi2 amatur KARAOKE yang berada dikedai makan tersebut...
Jadiler...buat pelepas halwa telinga.. sedap tak sedap belakang kire...
janji perut diisi ..walaupun mata mengantukkkkk...

3.00 AM..

Sampai di studio Bshed Entertainment di jalan reko , Kajang Semula....
Semuanya dah penat.. kebanyakkan terus pulang..tapi master dan ahli2 band bloodshed yang lain.. pergi ke Anjung Kajang...
Pekene air minum lagi secawan dua.. untuk menghilangkan rasa mengantukk..dan kegembiraan yang tidak dapat diucapkan..


6.00 AM

Master sampai kembali ke rumah....
selepas waktu subuh.. terus TidooOOoooOOOoooOOOOoooOOOOoo

Sedar2... Matahari sudah nak terbenam balik baru master terjaga dari tidur hehheheheheh..
Itu sajalah kronologi Bloodshed di batang kali catatan MasterComp .... ..

===================


Jika anda mahu memanggil kumpulan bloodshed boleh hubungi MasterComp - 0126278447
atau cuba2lah layari website mereka.. http://bloodshed.com.my

1 Dalam Seribu ........Satu bro..!!!! aiseyyy

MasterComp

Penulis merupakan seorang IT Specialist sepenuh masa dan melakukan kerja sambilan sebagai Webmaster, Jurugambar, Penulis Lirik-lagu, Photoshop Design, Video Editing dan juga Blogger. Menjalani kehidupan yang ceria, sederhana dan peminat rock tegar.

Post A Comment
  • Blogger Comment using Blogger
  • Facebook Comment using Facebook
  • Disqus Comment using Disqus

1 comment :


Rock Album

[15. ROCK][threecolumns]

CD Dan Kaset

[19. CD-KASET][list]

LIRIK

[22. LIRIK LAGU][twocolumns]

METAL-INDIE ALBUM

[16. METAL-INDIE][bsummary]

FLYERS

[12. EVENT][twocolumns]