INFO NEWS

[13. INFO NEWS][bleft]

Video ERK

[07. VIDEO][threecolumns]

Dua Gitarist Utama Bloodshed Bertemu!!


Apabila MasterComp Menulis:
16 Oktober 2008
8.00 Pagi

Apa yang mampu diucapkan lagi, apabila dua gitarist handalan utama kumpulan bloodshed bertemu kembali...

"Kegembiraan yang tidak terkata"

Perjumpaan yang tidak dirancang itu berlaku di sebuah restoran 24 jam di kajang.Sedang kami rancak bersantai minum bersama-sama rakan yang lain. Bro Opie dan bro Big (PR Kumpulan Fotograf) memberhentikan kereta mereka berhampiran meja kami lalu bertegur sapa. Maka sesi sembang2 pada malam itu bertambah rancak dengan kehadiran kedua-dua tetamu ini. Rupa-rupanya saudara Opie sudah agak lama bersantai di restoran itu bersama rakan-rakannya dan bersiap sedia untuk pulang. Oleh kerana ketika itu masing-masing rancak bersembang maka tidak perasan diantara satu sama yang lain.

WOW!!... sungguh teruja apabila melihat kedua-dua gitarist utama bloodshed ini bertemu kembali, Saudara Hamdan Reko selaku gitarist utama ketika Kumpulan Bloodshed dizaman Battle Of The Band dan album pertama Ilusi Sebuah Mimpi manakala saudara Opie pula di waktu merakamkan album kedua Samarkand dan ketiga Villa Misteri.

Bermacam - macam topik di ceritakan.
Dari perihal kisah-kisah dikala muda remaja mereka dizaman Era Rock Kapak sehinggalah kepada topik Industri muzik masa kini. Sungguh teruja kami semua mendengar cerita-cerita tersebut daripada mereka berdua.Sedang leka rancak bercerita, tidak sedar masa begitu pantas berlalu, jam sudah menunjukkan pukul 6.30 pagi. dan kami bersalaman diantara satu sama lain dan pulang kerumah masing -masing.

Persoalan Yang Timbul:
-----> Adakah Opie akan muncul kembali kedalam kumpulan bloodshed?
-----> Dapatkah kita melihat kedua-dua gitarist handalan ini berkongsi pentas?

Pastinya peminat-peminat Kumpulan Bloodshed ternanti-nanti dengan berita terbaru mengenai mereka berdua.

Sama-sama kita nantikan..

Jangan lupa untuk hadir bersama-sama memeriahkan acara Perasmian Studio Bloodshed dan Sambutan Hari raya pada 18.10.2008 ini nanti.

p/s: Sediakan wang rm40 untuk pendaftaran menjadi ahli fan club bloodshed pada hari tersebut. (Selepas dari tarikh tersebut , wang pendaftaran fans club bloodshed akan dinaikkan semula menjadi rm60)
MasterComp

Penulis merupakan seorang IT Specialist sepenuh masa dan melakukan kerja sambilan sebagai Webmaster, Jurugambar, Penulis Lirik-lagu, Photoshop Design, Video Editing dan juga Blogger. Menjalani kehidupan yang ceria, sederhana dan peminat rock tegar.

Post A Comment
  • Blogger Comment using Blogger
  • Facebook Comment using Facebook
  • Disqus Comment using Disqus

5 comments :

  1. fuh, diorang punya Samarkand merupakan satu anthem legenda rock yg perlu di ketahui oleh semua yg mengaku dirinya rockers di bumi Malaysia ni.

    ReplyDelete
  2. yuh bro..bukan sng nak jumpa lagenda gitarist rock nie bersama...

    penantian kehadiran yang ditunggu2

    ReplyDelete
  3. heeeeii!!! geram lak aku nengok sesenang korang jumpa legends, hehe... naseb aku stay kat sabah... anthem samarkand... respek giler!! sampai skang aku layan samarkand, marilah berjuang, bermuda ngan menggenggam bara... ada satu lagu tu, 1 dan 1000 ala ala sound scottish gitu, kalau tak silap wings album mr barbarik.. lagu samar nan terang, cam lagu tuu... bes!!

    ReplyDelete
  4. ,...betul tue bro..lagu sri kandi cintaku, nostalgia rindu , dan samarkhan diantara lagu yang plaing digilai ramai...
    tetapi master paling syok laayan lagu 1 & seribu...ai lagu tue berantu betul feel dia.....

    ReplyDelete
  5. album samarkand paling menusuk dalam qalbu aku..teringat zaman tingkatan 5 dlu time ni bloodshed gah giler..pegi balik dgr lagu bloodshed dlm bas skolah.

    ReplyDelete


Rock Album

[15. ROCK][threecolumns]

CD Dan Kaset

[19. CD-KASET][list]

LIRIK

[22. LIRIK LAGU][twocolumns]

METAL-INDIE ALBUM

[16. METAL-INDIE][bsummary]

FLYERS

[12. EVENT][twocolumns]